Tuesday, 27 December 2016

Pangkor Short Trip - Budget style

Note : I copy and paste this post from my old Suka Hati blog. Just to park it here as a reference. Sorry to those who dont understand Malay because the entry is in Malay.

Assalamualaikum..



Antara ubat ketenangan hati adalah dengan melihat keindahan alam. Antara keindahan alam yg memang tidak dapat disangkal lagi adalah laut yg terbentang luas. Aku memang suka bebenor dengan laut. Sanggup pakai sunblock bagai, padahal hari-hari biasa nak pakai bedak pun malas apatah lagi nak pakai mekap. Jadi, setiap kali ada kesempatan aku akan plan pergi laut. Aritu cuti aku pergi pangkor and penang. Kat pangkor tuh adalah buat aktiviti snorkeling and island hoping. Tapi kat penang aku p mandi-mandi jer. Jadi sementelah aku telah kesana, hatta kiranya mahulah saya berkongsi satu dua rasa dan pengalaman yg amat bermakna ni. Boleh juga dijadikan sebagai panduan jika mahu kesana lagi.

So, bertolak kami 4 orang ke pangkor dari taiping. Bapak aku and adik aku 2 org. Kitorang ikut jalan lama tak masuk highway sbb lebih dekat dan mudah bak kata bapak aku lah. Perjalanan dari taping ke jeti lumut mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam jugak lah. Sampai je kat jeti lumut aku park lah kereta aku kat dalam tempat parking bawah bumbung punya. Tak silap aku rate parking dalam 60 sen sejam.

So, on the way kitorang jalan ke jeti, tetiba ada plak pakcik ni tanya, nak p jeti ke? Jeti arah sini, tunjuk pakcik tu ke suatu arah menghadap kehadapan kitorang. Eh tetiba pakcik ni ramah pulak nak sembang bagai, rupanya pakcik ni agen penginapan and ada business sewa kereta jugak kat pangkor tuh. Tapi bagus jugak strategi pakcik ni, tunggu kat jeti lumut. Kalau nak tahu, kat pulau lepas turun boat kt jeti belah sana tu memang lagi ramai agen-agen yg tunggu. Nampak tak permainan dia? Haha. Sebenarnya kitorang memang tgh gugel penginapan pun waktu pakcik tu tanya. So, macam pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun book je lah kat pakcik tuh. Kitorang stay kat Chalet Purnama sebab dalam chalet tuh ada kolam renang. Tu je sebabnyer. Haha. Bilik yg aku stay nih, ada 3 katil bujang. Tak ingat namanya apa, standard room ke apa tah. Tapi ada 3 single bed. Rate satu malam lebih kurang RM170++ plus GST. Kitorang stay 1 malam je sbb ni percutian 2 hari 1 malam.

Lepas dah book bilik ngan pakcik tuh, aku and the geng pun berjalan dengan riang ria menuju ke jeti. Sampai kat jeti pulak, kena beli tiket boat Rm 10 pergi balik. Tiket tu kena simpan sebab waktu balik kena tunjuk tiket yg sama. Maka, naiklah kami berempat ke atas bot menuju ke pulau pangkor. Waktu naik bot tuh memang aku teringat kenangan p camping waktu kat matrix dulu. Terbaik dowh. Selalu ramai jugak yg cakap pangkor boring lah, tak dak pe sangat lah blab la bla… But for me Pangkor is the best place to visit and to enjoy if you know how to. Pergi mana-mana pun akan jadi best kalau u tau nak enjooyyy. Tapi for me, still kesederhanaan is the best. Ok, berbalik kepada perjalanan boat tadi. Bila boat berhenti di perhentian pertama jangan turun lagi. Turun waktu di perhentian kedua. 

Bila dah sampai pulau pangkor tuh, dapat kereta sewa, apa lagi cari tempat nak tido lah. Pangkor ni kecik je. Pakcik tu kata kita takkan sesat dalam pangkor nih. Kalau korang sesat, korang orang pertama yg mencatat sejarah sesat di pulau pangkor. Pakcik tu lah kata. Ha, yo lah tu pakcik. Bapak aku lah drivernya. Mencari-cari Purnama yg akan menjadi tempat kami merehatkan diri dan merecharge tenaga untuk aktiviti laut keesokannya.

So, esoknya kitorang pergi brekpes dulu sbb dapat voucher brekpes kat chalet tuh. Lepas makan sarapan, kitorang terus pergi snorkeling. Sebenarnya pagi-pagi before brekpes tuh kitorang dah survey-survey harga snorkeling & island hoping kt sepangjang jalan tepi laut. Dekat jer dengan tempat penginapan kami. Like 2 minutes walking distance. Kira jalan terus pastu lintas jalan terus nampak tempat yg diorang buat pakej aktiviti laut nih. Banyak je sebenarnya, so do not to worry. Just choose wisely jer. Aktiviti yg kami ambik is snorkeling+island hoping. Harga lebih kurang RM 15 satu kepala (kalau tak silap sebab dah lama tak hingat..heheh). First die hantar naik boat kat satu pulau nih. Kat situ boleh snorkeling sepuas-puasnyer.. Dah puas snorkeling boleh kol je org yg bawak boat tuh suruh datang ambik. Lepas tu orang bawak boat tuh akan bawak kite p melawat pulau-pulau kat situ. Ok lah, dengan rate harga yg murah tuh don’t expect much la ok. Haha.. But still Ok for me. Then, dah abeh main air, kitorang pun balik chalet & terus terjun kolam renang pulak. Berenang-renang like a boss. Lepas dah penat, dah sunburn, dah perang kulit, kitorang pun balik bilik bersiap utk check out. Lepas dah check out tuh, kitorang jalan-jalan pusing pangkor, pergi kota belanda. Tempat bersejarah waktu perjanjian pangkor dulu (if im not mistaken). Fuh, kalau nak tahu jalan kat pangkor nih dah la kecik, berbukit-bukau, bersimpang siur, memang giler ah naik kete manual pulak. Adusss. Next time kalau nak datang pangkor lagi, rasanya better sewa motor je. Senang, mudah, dan tangkas. Tapi kalau sewa motor, barang jangan banyak lah eh. Haha.

Ok, dah habis round-round pangkor, sampai berapa kali round pun tatau lah kan, tiba masanya nak pulangkan kereta dekat jeti. Dekat situ jugak kitorang membeli belah sotong kering, ikan bilis, souveniers dan sebagainya. Kat area situ kira area pekanlah. And finally, kitorang naik boat balik ke jeti lumut, and naik kereta balik ke tepeng. Selesai sudah pengembaraan kami ke pangkor. Pulau yg kecil tapi kaya dengan hasil laut. For me, pangkor best tapi please jangan compare kan dengan pulau perhentian or other island because it such a huge difference. Haha.

Semoga bermanfaat! Akhir kata, jangan jadi pelancong, tapi jadilah pengembara!



Till then!

#throwback

No comments:

Post a Comment