Friday, 28 April 2017

Cerpen : Tak Kerja

Belle seorang gadis biasa yang menjalani kehidupan biasa seperti manusia biasa. Belle merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yg bertaraf antarabangsa dan syarikat tersebut merupakan antara salah sebuah syarikat yang disenaraikan di dalam bursa saham New York. Waima kedengaran gah di mata masyarakat sejagat, hakikatnya tidak seindah seperti yang digambarkan. Rutin harian Belle memang sangat biasa seperti pekerja syarikat swasta yang lain juga.

Maka, tersebutlah kisah di suatu hari, Belle perlu memohon cuti. Bos Belle pulak merupakan seorang lady bos yakni seorang lady bos yang setiap bulan kita terpaksa bersemuka dengan PMS beliau. Ini termasuk juga mood berangin monsun ke laut china selatan sehingga kadang-kadang mencecah ke lautan hindi. Cuti tetap kena pohon atas dasar kepentingan sendirian berhad. Belle perlu melangsaikan dan menyelesaikan masalah dengan bank jadi urusan tersebut cuma boleh dilakukan pada waktu jam bekerja. Jadi mahu tidak mahu, cuti perlu juga diteruskan.

Earphone dicabut dari telinga, mata dikerling ke arah bos untuk memastikan bos berada dalam keadaan yg terurus dan dalam emosi yang stabil. Bila Belle sudah yakin yang semuanya kelihatan baik, dia merapati bos.

 “ Bos, lawa baju arini.Baju baru eh? Cantik I sukaaa”

“Isyh mana ada baju baru. Ni dah lama dah ni. U baru nampak kot, I jarang pakai. Case yang South africa tuh dah hantar belum?”

“Dah hantar dah. Semua dah setel.”

“Ok bagus. Ni I sayang anak-anak I nih. Semua buat kerja cekap!”

“Ngeh2. By the way, bos I nak apply cuti esok. Got some urgent things need to be settle of”

“Ok boleh.”

“Thanks Bos!”

Belle pun duduk kembali di tempatnya dan start melilau-lilau di alam maya. Pergi google, yahoo mail, gmail, some random website dan sebagainya. Gareth menghampiri Belle secara perlahan-lahan dan mencuit bahu wanita tersebut.

“Oh syaitan durjana!” Melatah Belle di luar kawalan minda sedar beliau.

“Kah Kah Kah! Apa dia anak dara melatah lagu tuh”

“Its out of control la bro. U nak apa tiba-tiba je nih?”

“Weyh ada kerja tak? Aku bosan dowh dah berapa hari aku dok berlagak busy depan komputer. Sampai aku rasa kesian dekat kepala hotak aku yg brilliant nih. Lama-lama boleh jadi berkarat dan takut merebak ke rambut aku yg persis model syampu nih”

“Just enjoy your time then. Bila kerja dah banyak karang ko jugak yang tergedik-gedik depan komputer”

“Blergh. Blah dululah nak hisap rokok”, Gareth pun berlalu pergi tanpa menoleh kembali. Stress dengan jawapan yang diberikan Belle.

Susah jugak bila datang kerja tapi tiada kerja yang boleh dilakukan. Macam makan gaji buta. Tapi bukan sengaja tak mahu buat kerja, tapi memang tiada apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang. Clients banyak bercuti sekarang, jadi bos pun tak boleh cakap apa lah kalau semua staf relaks goyang kaki dan kepala. Kepala pun senang je kena goyang sebab dah semakin kurang bekerja, jadi otak dah jadi semakin kosong dari hari ke hari.

Belle cuma mampu merenung ke monitor komputernya kerana sudah bosan untuk melilau-lilau di alam maya. Merenung, merenung dan merenung. Kalau ada jendela boleh lah jugak merenung ke luar jendela. Tapi Belle cuma mampu merenung ke dalam jendela di alam maya sahaja.

***

Erm rasa malu pulak. Janganlah tengok saya macam tuh, Moni bermonolog tatkala perasan akan tenungan Belle yg baginya sangat ayu dan cantik, namun pandangan yang sayu itu kelihatannya mempunyai beribu makna tersembunyi. Pc rakan baik Moni cuma mampu tersenyum melihat kawan baiknya yang angau tak bertempat. Oh lupa nak bagitahu, Moni tu nama manja kepada monitor and Pc tu Pc komputer lah, Kibod pulak keyboard lah. Kibod punya karakter tak muncul lagi sabar jap.

Moni, baru tengok ko dah angau. Aku nih selalu kena belai selalu disentuh-sentuh oleh jari jemari halus Belle, rilek je. Kibod nampaknya cuba memprovoke di situ.

Ko pernah dengar tak dri mata turun ke hati? Mata dan tenungan mata itu sangat berkuasa dalam cinta ko tahu tak? Balas Moni kepada Kibod.

Woi korang nasib baik korang cakap ni tak didengari oleh masyarakat sejagat.Kalau tak mesti huru hara dunia manusia mendengarnya. Kita pun dah lama tak bekerja nih. Yelah kalau dah Belle tak ada kerja yang dilakukan tentulah kita pun terjejas secara tak langsung. Haih, harapnya otak kita masih intelligent walaupun kita tak ada otak pun. Eh? Kahkah! Pc kelihatan keliru dengan diri sendiri dan hanya merepek di tepi Moni dan Kibod.

***

Kroih! Tersengguk Belle akibat mengantuk yang terlampau. Tetiba Belle simpati dengan komputernya yang tidak bekerja selama beberapa hari.

“Apalah agaknya perasaan komputer aku nih?” Belle berbisik.


3 comments:

  1. Perluuu?? Hahaha. Make sure secretary boss xjumpa blog ni. So apa nasib pc sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Cerita ini rekaan semata. Tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup. LOL

      Delete