Saturday, 29 April 2017

Melaka La La La

Assalamualaikum

Ok last week seperti yang semua sudah sedia maklum, malaysia cuti umum sempena pertabalan agung. Cuti jatuh hari isnin, makanya rakyat malaysia mempunyai long weekend untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Berfaedah disini terpulang atas dasar pemahaman dan pemikiran individu masing-masing. Jadinya, aku bersama teman-teman sekerja aku 2 orang bercadang untuk pergi short trip ke Melaka. Dan seperti yang telah aku khabarkan pada post sebelum ini yang aku akan cuma pergi ke tempat yang aku belum pernah pergi lagi untuk lawatan. Tempat makan seperti coconut shake Klebang adalah trip berulang dan berkecuali kerana rate 4 bintang telah diberikan. Kah!

So sila lihat gambar sahaja dibawah bersama penerangan yang sehabis baik akan aku berikan untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Heh Heh Heh. Oh mahu aku tekankan disini, gambar tidak mengikut turutan aktiviti yang aku lakukan semasa di Melaka. Harap maklum. Moga bermanfaat jugak buat kalian disana. Boleh lah ambil idea kalau nak pergi trip ke Melaka. Combine sekali dengan post aku sebelum ni - Melaka Trip


Sampai je Melaka kitorang terus pergi makan dekat roti canai kayu arang for breakfast. Ramai gila orang. Roti canai dia dibakar atas dapur kayu arang. For me rasa dia ok je like normal roti canai. Tapi teh tarik dia takdak buih. Macam tak tarik pun. Haha. Jadi nora bagi 2.5 bintang.


Coconut Shake Klebang memang thorbaekkk. Aku bagi 4.5 bintang. Kalau rasa nak selesa tak serabut ramai orang, kena mai awai. Kedai dia bukak pukul 11 pagi. Memang wajib cuba. 



Yang ni pulak sebenarnya nak pergi tangkap gambar kat pasir-pasir tuh. Tapi tak tahu pulak kena jalan jauh bebenor. Kalau korang boleh nampak kat hujung jalan nih ada macam bukit-bukit pasir tuh kan, ha yang tu lah rasanya. Dah lah panas terik nak mampus. kalau nak pergi kena prepare bawak air, spek hitam, dan payung. Aku and my friends memang tak larat nak jalan, so kitorang tangkap gambar kat jalan batu-batu ni je lah. Lawa jugak kan. Hiks!



Ha, yang ni pantai klebang. Tangkap gambar lawaaa. Time kitorang pergi ada orang tengah photoshoot gambar kahwin. Boleh jugak kalau nak main layang-layang kat sini sebab angin bertiup dengan budi bahasa and ada jugak orang jual layang-layang kat sini. Kitorang datang sini saja lepak nak ambil gambar and nak buang masa sambil tunggu time nak check in hotel. Ngeh3.



Kalau datang Melaka of course lah kena pergi dekat bangunan-bangunan peninggalan sejarah kan. Ni salah satunya lah.



Kalau suka tempat tinggi and nak tengok view Melaka secara meluas boleh datang dekat The shore Sky Tower. Kalau nak naik atas ni kena bayar Ringgit Malaysia 25 seorang dewasa. Best lah view cantik and angin bertiup sepoi-sepoi bahasa nyaman and tenang je rasa. Tapi rasanya kalau pergi tengok sunset lagi marvellous. Lepas tu stay tengok night view perghhh lawa siot. Next time.



Kat sky tower jugak nih. Aku suka tangkap gambar dok bersila macam nih. Stylo je nampak. Please jangan muntah.



Sebelum balik kitorang singgah coconut shake klebang lagi tapau coconut shake 2 cup sorang. Dah lah murah sedap pulak tuh. Ringgit Malaysia 2.70 je weyh secawan. Queue panjang sebenarnya, tapi gambar nih selepas berapa minit tunggu baru kedepan sikit camnih. Yang beli semua stok beg plastik besar-besar and bercawan-cawan. Masyukkkkkk!


Actually ada a few lagi places yang kitorang pergi makan but tak ambil gambar sebab tak berapa nak memuaskan hati dari segi servis and dari segi rasa makanan itu sendiri. Mungkin tak kena dengan selera orang utara cam kitorang nih. Lol. Well whatever it is, aku still suka Melaka the way it is. Teringin nak pergi melawat sekolah lama. Tapi apakan daya tak berkesempatan. Maybe next time.

Ok itu je lah cerita Melaka La La La aku kali ni. Kemana lepas nih? Tungguuuuuu ecewahhh!

Ehem sekarang ni kena plan pusing Malaysia dululah. Ehem masalah ptptn lah nok. Hiks.

Kbai !

No comments:

Post a Comment