Wednesday, 3 May 2017

Cerpen: Makan?

"Adoi lapar bangat sih! Korang lunch tak? Makan mana?" Sambil muka berkerut tangan memegang perut mulut berkeriuk-keriuk, Lili bertanya soalan yang paling susah untuk manusia sejagat memberi jawapan yang pasti kepada dua rakan sekerjanya yang merangkap lunch partnernya iaitu si Dila dan si Balqis. Dila memandang Lili, Lili memandang Balqis, Balqis pulak memandang Dila dan mereka berbalas-balas pandangan sambil mengangkat kening-kening mereka. Isyh dah macam acara pandang-memandang, jeling-menjeling pulak.

Balqis : Aku tak kisah.

Dila : Aku pun tak kisah.

Lily : Adoi korang nih, boleh tak bagi jawapan spesifik sikit. Jomlah kita makan kat market je lah. Tempat biasa. Aku nak makan nasi. Nak sayur kangkung kat kedai abang Zul Arifin.

Dila : Duh, bosan makan kat market. But no choice. Aku follow je. Haha

Balqis : Bosan bosan pun, situ je lah yang paling dekat and paling murah. (Sambil sengih macam kerang wangi)

Jadi pergilah mereka ke market (foodcourt dalam market) untuk makan tengahari dan mengisi perut yang sudah mendendangkan lagu irama melayu asli yang tidak dapat dikenalpasti secara mendalam alunan apakah yang sedang berlagu itu. Lily pergi ke kedai abang Zul Arifin, mengambil nasi satu senduk, sayur kangkung, ayam bakar, bubuh lah sikit sambal belacan dan sepercik kicap, ok dah masa untuk membayar. Semua sekali lima ringgit. Isyh murahnya lahai, bisik Lily di dalam hati. Lily dahulunya pernah bekerja di Cyberjaya dan rata-rata rate harga makanan di situ agak mahal berbanding di tempat lain. Makanya, bila dah terbiasa dengan harga mahal, bila dah murah tuh rasa macam bersyukur sangat. Lauk yang diambil pun takdak perasaan nak berjimat langsung. Orang putih cakap, just take it like nobody's business! Don't think, just take!

Si Lily sudah selesai membayar, namun si Dila dan Balqis masih dalam dilemma nak makan apa. Adoi masalah negara betul. Selepas berkira-kira dan berfikir panjang, Dila memutuskan untuk makan nasi goreng kampung telur mata goyang, manakala si Balqis pulak makan mee ladna je.

Sambil makan sambil bergosip. Biasalah rutin waktu makan tengahari, jangan tak tahu. Bukan sahaja semata-mata makan tapi selingan gosip-menggosip jugak adalah acara wajib! Gosip pasal orang itu, gosip pasal orang ini. Lepas tu sembang pasal diri sendiri, sembang pasal parking rate dekat depan office yang baru dinaikkan harga berlipat kali ganda, sembang pasal ketidakpuasan hati masing-masing, sembang pasal kerja yang berlambak or sembang pasal kerja yang tiada. Itulah norma lunch hour yang sangat productive untuk mereka bertiga.

Usai membaham makanan tengahari masing-masing, atau boleh juga dikatakan, usai sahaja bergosip mereka pun bergerak kembali ke pejabat untuk menyambung melakukan kembali kerja-kerja yang tertunggak. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, terserempak pulak dengan rakan sekerja mereka, Jenny. Lily pun menegur jenny yang dikatakan agak rapat mereka berkawan.

" Jennyyyy, pergi makan?"

" Ya, pergi makan lah. Very hungry right now, I can eat you also. Hahahaha"

" Isyh, so bad lah you. Ok lah, enjoy your lunch! "

" Ok See you!"

Jenny pun berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Lily and the geng juga meneruskan perjalanan kembali ke pejabat. Sampai sahaja di pejabat, terjumpa pulak dengan Hanif yang kelihatan seperti tergesa-gesa keluar. Lily yang memang dah ramah haruslah tegur.

"Woit nak pergi mana tuh? Kelam kabut semacam je."

"Pergi makan lah mana lagi. Ada team lunch. Diorang semua dah pergi tak tunggu aku. Pergi toilet sekejap je pun diorang dah hilang. Haih apalah nasib. Hahah"

"Wah syoknya ada team lunch. Makan mana? Bos belanja ke?"

"Yaasss of course lah bos belanja. Sempena nak celebrate completed project hari tu. Makan kat depan tuh je kat One World Steak house"

"Fuh untunglahhhh! Ok pergi lah cepat nanti lambat pulak. Enjoy!"

"Wokeyh cau cin cau dulu"

Hanif pun berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Lily terus menuju duduk di tempatnya dan sudah tentulah bertanya dengan bos dulu sebelum memulakan kerja. "Bos dah makan?"




No comments:

Post a Comment