Sunday, 14 May 2017

Ke Puncak Bukit Larut Ke Kita

Sebelum aku pergi jelajah and cerita pasal tempat orang, baik aku cerita keistimewaan tempat aku sendiri yakni Taiping the Heritage City also known as the Rain Town. Sebab Taiping ni selalu hujan and antara bandar paling lembap kat Malaysia ni, sebab tu dipanggil Rain Town. Dan antara tempat yang famous kat Taiping ni of course lah Bukit Larut @ Maxwell Hill. Aku dah banyak kali dah hiking kat Bukit Larut ni tapi sampai half way je aku putus asa and turun balik. Sampai lah suatu hari yang damai dan tenang, tetiba datang semangat untuk cuba menawan Bukit Larut. Lalu aku mengajak adik aku si Pipah dengan Nomi, "Jom esok Bukit Larut. Kali ni sampai puncak! ". Mereka yang pantang diajak, jom aje lah!

So malam tu kitorang prepare lah beli nugget, coklat and air untuk bekalan esok nak hiking. Esok paginya, siapkan bekal nugget and we're ready to go. Dalam pukul 7.45 camtu jugak sampai kat Bukit Larut sebab ada singgah isi minyak lah apa lah, and lepas parking kereta terus start mendaki. Kitorang hiking ikut trek jalan tar je sebab boleh jalan dengan santai, and tak payah risau pacat. Kahkah. Ada trek jalan hutan jugak tapi tak mampu lagi aku nak ikut jalan tuh sebab memang mencabar lutut betul. Lol!


Tengah jalan tu jumpa pulak air terjun memang rasa tenang je dengar bunyi air terjun tu. Rasa macam nak mandi. And sampai kat sini memang dah start rasa sejuk je. So kitorang stop jap,take a moment to enjoy and appreciate the nature and of course tangkap gambar!


Lepas lebih kurang 3 jam, kitorang sampai di puncak Bukit Larut! Memang penat tapi kepenatan yang best! Rasa penat yang kita akan rindu bila balik and tidur atas katil. Yes, itu yang aku rasa. Dari atas ni kitorang boleh nampak rumah kitorang! Padang lapangan terbang tekah sudah semestinya!



Sebelum nak sampai puncak tuh terjumpa pulak dengan kawan baru John from France. Bonjour! Then boleh pulak kitorang lepak kat atas puncak sekali, and syok dengar pengalaman dia travel merata. Inspired me in many ways. Lepas tu dia teruskan dengan hiking ke atas lagi ke Gunung Hijau, kitorang turun balik je. Nanti lah cuba tawan gunung tu pulak. He he he.


Ramai orang tangkap gambar kat sini. Terutama orang yang datang naik Jip. So kitorang pun nak jugak! Lol!


View dari jambatan goyang ni pun cantik jugak. Nampak bandar Taiping dengan mata burung. Gitew!


Selfie sikit. Sila abaikan eye bag, jerawat and muka penat. Haha!


I will come again definitely. Hiking ni best. View yang cantik dari atas puncak nih, memang berbaloi dengan penat yang kita dapat semasa mendaki.


Take a moment to enjoy and appreciate the beauty of nature.



Dalam sejam jugak lepak kat puncak and recharge balik energy, so time untuk turun pulak. Waktu naik tadi ambil masa dalam 3 jam jugak, tapi waktu turun ambil masa dalam 2 jam macam tu je. Waktu turun ni tak rasa penat sangat, tapi lutut and kaki memang sakit. Haha. Aku rasa naik turun ikut trek jalan tar ni dalam 26 km jugak rasanya. Rasanya lah, tak sure sangat. Tapi yang pasti ketinggian Bukit Larut ni dari paras laut adalah 1036m.

Definitely will come again! Tinggi pendakian, Luas pemandangan!

1 comment:

  1. hai :D :D

    Datang melawat . i love your blog layout, very nice n simple...

    ReplyDelete