Tuesday, 13 June 2017

Setelkan Hutang PTPTN guna Akaun KWSP. Bagaimana?

Pada suatu hari tu aku and kawan aku dok check lah kat imegresen punya website, ada sekatan untuk ke luar negara ke tak sebab tak bayar ptptn kan. Tengok-tengok aku punya status 'Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat', sudah! Sebelum ni aku check rileks je 'Tiada halangan' macam tuh. Lepas dah buat research dengan uncle google, katanya dah kena blacklist lah tu. Sobs.

Jadi, aku yang suka travel ni nak jugak pergi travel overseas walaupun penang tuh dah overseas namun bukan itu yang aku idamkan. Lol. Sempena bulan puasa yang mulia ini, ditambah pulak cuti yang diambil secara berleluasa, aku pun terfikir nak setelkan hutang ptptn aku nih supaya lebih berkat hendaknya pengajian aku selama 3 tahun itu. Mohon doakan aku supaya aku mendapat kerja yang lebih bagus dengan gaji yang lebih lumayan, Amin. Hiks!

Ok meh aku bagitau cara-cara macam mana aku setelkan hutang aku dengan tenang tanpa gundah gelana. Senang je uols, aku bawak keluar akaun ke 2 kwsp atau englishnya epf aku. Jika korang nak guna akaun kwsp untuk melangsaikan hutang ptptn korang, first sekali kena pergi KWSP dulu untuk mengaktifkan i-akaun kwsp korang. Pergi kat KWSP pastu pergi kat machine diorang tuh, then just ikut arahan kat machine tuh. Kalau korang jenis susah nak faham arahan dari machine, panggil je pekerja kwsp kat situ. Senang dah mudah.

Lepas dah aktif i-akaun tu, terus pergi ke pejabat ptptn berdekatan dengan korang. Macam aku, aku pergi kat tesco taiping. Dalam tesco tuh ada branch Ptptn. Ambil nombor giliran. Dah sampai nombor giliran tu pergi lah ke kaunter and teruskan dengan niat yang murni dan suci tu terus terang je dengan pekerja kat kaunter tuh tanpa berdolak dalih. Cakap je nak bayar ptptn dengan akaun ke 2 kwsp. Aku terus setelkan habis semua hutang ptptn aku sebab sukacita dimaklumkan, duit dalam akaun ke 2 aku tuh cukup untuk melangsaikan terus kesemua jumlah hutang ptptn tersebut. And tu pun dah tolak 15% diskaun kalau bayar habis. Syukur Alhamdulillah. Mujur ada Epf.

Sekarang nih aku kena tunggu KWSP panggil aku untuk cap jari dan apa sahaja pengesahan yang diperlukan dalam masa 3 hari kot. Lepas dah setelkan pengesahan bagai, pengeluaran dilakukan dalam masa 14 hari kot. Sorilah kalau hari yang aku bagitahu ni salah. Sebab aku ingat dia ada cakap 3 hari dengan 14 hari tapi tak berapa ingat plak apebende tuh. haha. And lepas segalanya selesai, PTPTN akan hantar email/surat untuk memberitahu dan juga untuk mengesahkan bahawa telah selesai bayaran ptptn. Akan ku tunggu mu datang wahai official email mahupun surat.

Walaupun tak officially setel lagi, aku dah rasa seronok dan gumbira satu beban bakal dilepaskan. Harap dipermudahkan. Amin.

Moga bermanfaat !

Selamat berbuka puasa!

No comments:

Post a Comment