Wednesday, 14 June 2017

Tukar Kad ATM/Debit Maybank

Pagi tadi, ehem tak lah pagi sangat. Nak ke tengahari jugaklah dalam kul 11 lebih macam tu, aku pergi maybank sebab nak tukar kad atm/debit aku, sebab aku tengok dekat website maybank2u stated that 'Your old Debit/Atm cards will be disabled for Atm withdrawals effective 17 July 2017'. Memandangkan jika aku tunggu 17 haribulan baru nak buat sedemikian, aku yakin yang aku tiada masa untuk semua itu. Disebabkan kesedaran itulah yang membuatkan aku pergi pagi tadi untuk tukar kad aku.

Aku pun mandi, pakai sunblock, lipbalm, and start kereta. Erk perlu ke bagitau semua nih?

Jadi sesampainya aku di bank, macam biasa penuh kereta jenuh cari parking jugak. Aku parking agak jauh dalam 20 langkah? Mungkin lebih. Aku siap letak kupon selama sejam, sebab aku selalu tengok orang beratur panjang gilos nak ambil nombor untuk pertukaran kad. Dulu lah waktu mula-mula kena tukar kad tuh. Masuk je dalam bank, Uish ramainya orang tengah beratur dekat keempat-empat (atau maybe lima) ATM machines untuk transaksi pengeluaran dan sebagainya. Aku pun terus je nak jalan ke kaunter ambil nombor giliran tuh sambil nak bertanya a few questions yang berlegar-legar di minda brilliant aku ni. Tetiba EH ADA MACHINE UNTUK TUKAR KAD DEBIT/ATM LAMA KE YANG BARU ! What?!

Ok kena bukak perenggan baru nak cerita ni. Isyh bila masa pulak start ada machine untuk tukar kad nih? Aku cuba tanya pak guard kat situ, 'Uncle nak tukar kad guna machine nih ke? Tak payah pergi kaunter ambil nombor semua?'. Uncle pun menjawab dengan penuh ilmu didada,'ya, tak payah. Pakai ini mesin je ,masuk you punya kad lama.....'. Wow, senang hidup aku tak payah beratur. Masuk kad debit/atm lama - tekan pin number - masukkan IC kat machine tu - sahkan cap jari - ambil balik IC - PAP! terus keluar KAD DEBIT/ATM yang BARU! Just ikut arahan dekat machine tuh mudah dan tangkas.

Lepas dapat kad baru aku terus pergi ATM untuk keluarkan duit and actually nak test kad baru lah. Memang no problemo! Bonito! Aiskrim Cornetto!

Haih kalau aku tau, guna kupon parking setengah jam sudah. Walaupun beberapa minit sahaja yang diperlukan!

Dah tak payah nak pikir dah pasal nak tukar-tukar kad nih. Erm padahal tak pernah fikir pun. Kui3


No comments:

Post a Comment