Sunday, 21 May 2017

Bukit larut again 2.0

Bila sekali dah sampai puncak, secara rasminya I'm addicted! Well addited to hiking la apa lagi. Bila time nak tidur tuh boleh pulak aku rasa rindu dengan rasa penat hiking tu. Perasaan tu sesuatu yang aku suka and aku rasa tenang and gembira.

Jadi sampailah aku ke puncak untuk kali keduanya! Hiking ni sangat berkait rapat dengan hidup kita. Ada time kita struggle untuk naik, ada time kita sampai kat comfort zone, ada time kita kena rehat, ada time kita sampai ke puncak. Its like the journey of life.


Kali ni hiking, aku sakit sikit kaki kiri aku sebab minggu lepas aku dok ulang alik Tepeng-penang sebab aku tak dapat cari rumah sewa lagi. Sobs! But Alhamdulillah, aku still boleh sampai ke puncak. Mindset yang penting! If you think you can do it, you CAN do it!


Style sama je bila tangkap gambar atas titi ni. Aku suka, suka hati lah! Haha!

Next week dah start puasa, selamat berpuasa semua! Maafkan saya andai ada salah dan silap yang sengaja atau yang tak disengajakan.

Sunday, 14 May 2017

Ke Puncak Bukit Larut Ke Kita

Sebelum aku pergi jelajah and cerita pasal tempat orang, baik aku cerita keistimewaan tempat aku sendiri yakni Taiping the Heritage City also known as the Rain Town. Sebab Taiping ni selalu hujan and antara bandar paling lembap kat Malaysia ni, sebab tu dipanggil Rain Town. Dan antara tempat yang famous kat Taiping ni of course lah Bukit Larut @ Maxwell Hill. Aku dah banyak kali dah hiking kat Bukit Larut ni tapi sampai half way je aku putus asa and turun balik. Sampai lah suatu hari yang damai dan tenang, tetiba datang semangat untuk cuba menawan Bukit Larut. Lalu aku mengajak adik aku si Pipah dengan Nomi, "Jom esok Bukit Larut. Kali ni sampai puncak! ". Mereka yang pantang diajak, jom aje lah!

So malam tu kitorang prepare lah beli nugget, coklat and air untuk bekalan esok nak hiking. Esok paginya, siapkan bekal nugget and we're ready to go. Dalam pukul 7.45 camtu jugak sampai kat Bukit Larut sebab ada singgah isi minyak lah apa lah, and lepas parking kereta terus start mendaki. Kitorang hiking ikut trek jalan tar je sebab boleh jalan dengan santai, and tak payah risau pacat. Kahkah. Ada trek jalan hutan jugak tapi tak mampu lagi aku nak ikut jalan tuh sebab memang mencabar lutut betul. Lol!


Tengah jalan tu jumpa pulak air terjun memang rasa tenang je dengar bunyi air terjun tu. Rasa macam nak mandi. And sampai kat sini memang dah start rasa sejuk je. So kitorang stop jap,take a moment to enjoy and appreciate the nature and of course tangkap gambar!


Lepas lebih kurang 3 jam, kitorang sampai di puncak Bukit Larut! Memang penat tapi kepenatan yang best! Rasa penat yang kita akan rindu bila balik and tidur atas katil. Yes, itu yang aku rasa. Dari atas ni kitorang boleh nampak rumah kitorang! Padang lapangan terbang tekah sudah semestinya!



Sebelum nak sampai puncak tuh terjumpa pulak dengan kawan baru John from France. Bonjour! Then boleh pulak kitorang lepak kat atas puncak sekali, and syok dengar pengalaman dia travel merata. Inspired me in any ways. Lepas tu dia teruskan dengan hiking ke atas lagi ke Gunung Hijau, kitorang turun balik je. Nanti lah cuba tawan gunung tu pulak. He he he.


Ramai orang tangkap gambar kat sini. Terutama orang yang datang naik Jip. So kitorang pun nak jugak! Lol!


View dari jambatan goyang ni pun cantik jugak. Nampak bandar Taiping dengan mata burung. Gitew!


Selfie sikit. Sila abaikan eye bag, jerawat and muka penat. Haha!


I will come again definitely. Hiking ni best. View yang cantik dari atas puncak nih, memang berbaloi dengan penat yang kita dapat semasa mendaki.


Take a moment to enjoy and appreciate the beauty of nature.



Dalam sejam jugak lepak kat puncak and recharge balik energy, so time untuk turun pulak. Waktu naik tadi ambil masa dalam 3 jam jugak, tapi waktu turun ambil masa dalam 2 jam macam tu je. Waktu turun ni tak rasa penat sangat, tapi lutut and kaki memang sakit. Haha. Aku rasa naik turun ikut trek jalan tar ni dalam 26 km jugak rasanya. Rasanya lah, tak sure sangat. Tapi yang pasti ketinggian Bukit Larut ni dari paras laut adalah 1036m.

Definitely will come again! Tinggi pendakian, Luas pemandangan!

Monday, 8 May 2017

Muzium Taiping 3D Art !

Rasanya last aku pergi muzium Taiping waktu aku form 2 or form 3 kot. Yearsssss ago. Sebab wakil sekolah masuk pertandingan melukis dan mewarna rama-rama sempena pameran rama-rama yang diadakan oleh pihak muzium. Dan artwork aku kena display kot kat muzium selama beberapa jangka waktu sepanjang pameran rama-rama diadakan. Walaupun, saguhati sahaja. He He He.

Jadi kenapa tiba-tiba aku cakap pasal muzium ni?

Ok kejap. Haritu aku jumpa Gambit. Hensem nye lahai. Tapi tak sempat nak tangkap gambar. Isyh.

Ok berbalik kepada muzium. Actually hari tu aku nak pergi jogging kat Taman Tasik. So on the way nak pergi tu memang akan lalu kat muzium and tiba-tiba my adik nampak banner kat muzium memberitahu sekarang tengah berlangsung pameran art 3D. Menarik bukan? Jadi keesokan harinya, kitorang pun pergi ke muzium untuk mempelajari sejarah negeri Perak. Erk ok tipu. Sebenarnya nak pergi tangkap gambar je dengan 3D art yang akan berlansung sampai September ni je weyh! It was since September last year until September this year. Memang berbaloi dan best sebab yuran nak masuk cuma 2 Ringgit Malaysia. Yas saya ulang, cuma 2 Ringgit Malaysia!































So guys, tunggu apa lagi? Datanglah melawat Tepeng weyhh. 3D art ni sampai bulan september ni je weyh kat muzium ni! Berbaloi dengan harga tiket yang cuma 2 ringgit sahaja untuk warganegara Malaysia. Jom melawat Taiping! :D

xoxo

Wednesday, 3 May 2017

Cerpen: Makan?

"Adoi lapar bangat sih! Korang lunch tak? Makan mana?" Sambil muka berkerut tangan memegang perut mulut berkeriuk-keriuk, Lili bertanya soalan yang paling susah untuk manusia sejagat memberi jawapan yang pasti kepada dua rakan sekerjanya yang merangkap lunch partnernya iaitu si Dila dan si Balqis. Dila memandang Lili, Lili memandang Balqis, Balqis pulak memandang Dila dan mereka berbalas-balas pandangan sambil mengangkat kening-kening mereka. Isyh dah macam acara pandang-memandang, jeling-menjeling pulak.

Balqis : Aku tak kisah.

Dila : Aku pun tak kisah.

Lily : Adoi korang nih, boleh tak bagi jawapan spesifik sikit. Jomlah kita makan kat market je lah. Tempat biasa. Aku nak makan nasi. Nak sayur kangkung kat kedai abang Zul Arifin.

Dila : Duh, bosan makan kat market. But no choice. Aku follow je. Haha

Balqis : Bosan bosan pun, situ je lah yang paling dekat and paling murah. (Sambil sengih macam kerang wangi)

Jadi pergilah mereka ke market (foodcourt dalam market) untuk makan tengahari dan mengisi perut yang sudah mendendangkan lagu irama melayu asli yang tidak dapat dikenalpasti secara mendalam alunan apakah yang sedang berlagu itu. Lily pergi ke kedai abang Zul Arifin, mengambil nasi satu senduk, sayur kangkung, ayam bakar, bubuh lah sikit sambal belacan dan sepercik kicap, ok dah masa untuk membayar. Semua sekali lima ringgit. Isyh murahnya lahai, bisik Lily di dalam hati. Lily dahulunya pernah bekerja di Cyberjaya dan rata-rata rate harga makanan di situ agak mahal berbanding di tempat lain. Makanya, bila dah terbiasa dengan harga mahal, bila dah murah tuh rasa macam bersyukur sangat. Lauk yang diambil pun takdak perasaan nak berjimat langsung. Orang putih cakap, just take it like nobody's business! Don't think, just take!

Si Lily sudah selesai membayar, namun si Dila dan Balqis masih dalam dilemma nak makan apa. Adoi masalah negara betul. Selepas berkira-kira dan berfikir panjang, Dila memutuskan untuk makan nasi goreng kampung telur mata goyang, manakala si Balqis pulak makan mee ladna je.

Sambil makan sambil bergosip. Biasalah rutin waktu makan tengahari, jangan tak tahu. Bukan sahaja semata-mata makan tapi selingan gosip-menggosip jugak adalah acara wajib! Gosip pasal orang itu, gosip pasal orang ini. Lepas tu sembang pasal diri sendiri, sembang pasal parking rate dekat depan office yang baru dinaikkan harga berlipat kali ganda, sembang pasal ketidakpuasan hati masing-masing, sembang pasal kerja yang berlambak or sembang pasal kerja yang tiada. Itulah norma lunch hour yang sangat productive untuk mereka bertiga.

Usai membaham makanan tengahari masing-masing, atau boleh juga dikatakan, usai sahaja bergosip mereka pun bergerak kembali ke pejabat untuk menyambung melakukan kembali kerja-kerja yang tertunggak. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, terserempak pulak dengan rakan sekerja mereka, Jenny. Lily pun menegur jenny yang dikatakan agak rapat mereka berkawan.

" Jennyyyy, pergi makan?"

" Ya, pergi makan lah. Very hungry right now, I can eat you also. Hahahaha"

" Isyh, so bad lah you. Ok lah, enjoy your lunch! "

" Ok See you!"

Jenny pun berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Lily and the geng juga meneruskan perjalanan kembali ke pejabat. Sampai sahaja di pejabat, terjumpa pulak dengan Hanif yang kelihatan seperti tergesa-gesa keluar. Lily yang memang dah ramah haruslah tegur.

"Woit nak pergi mana tuh? Kelam kabut semacam je."

"Pergi makan lah mana lagi. Ada team lunch. Diorang semua dah pergi tak tunggu aku. Pergi toilet sekejap je pun diorang dah hilang. Haih apalah nasib. Hahah"

"Wah syoknya ada team lunch. Makan mana? Bos belanja ke?"

"Yaasss of course lah bos belanja. Sempena nak celebrate completed project hari tu. Makan kat depan tuh je kat One World Steak house"

"Fuh untunglahhhh! Ok pergi lah cepat nanti lambat pulak. Enjoy!"

"Wokeyh cau cin cau dulu"

Hanif pun berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Lily terus menuju duduk di tempatnya dan sudah tentulah bertanya dengan bos dulu sebelum memulakan kerja. "Bos dah makan?"




Saturday, 29 April 2017

Melaka La La La

Assalamualaikum

Ok last week seperti yang semua sudah sedia maklum, malaysia cuti umum sempena pertabalan agung. Cuti jatuh hari isnin, makanya rakyat malaysia mempunyai long weekend untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Berfaedah disini terpulang atas dasar pemahaman dan pemikiran individu masing-masing. Jadinya, aku bersama teman-teman sekerja aku 2 orang bercadang untuk pergi short trip ke Melaka. Dan seperti yang telah aku khabarkan pada post sebelum ini yang aku akan cuma pergi ke tempat yang aku belum pernah pergi lagi untuk lawatan. Tempat makan seperti coconut shake Klebang adalah trip berulang dan berkecuali kerana rate 4 bintang telah diberikan. Kah!

So sila lihat gambar sahaja dibawah bersama penerangan yang sehabis baik akan aku berikan untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Heh Heh Heh. Oh mahu aku tekankan disini, gambar tidak mengikut turutan aktiviti yang aku lakukan semasa di Melaka. Harap maklum. Moga bermanfaat jugak buat kalian disana. Boleh lah ambil idea kalau nak pergi trip ke Melaka. Combine sekali dengan post aku sebelum ni - Melaka Trip


Sampai je Melaka kitorang terus pergi makan dekat roti canai kayu arang for breakfast. Ramai gila orang. Roti canai dia dibakar atas dapur kayu arang. For me rasa dia ok je like normal roti canai. Tapi teh tarik dia takdak buih. Macam tak tarik pun. Haha. Jadi nora bagi 2.5 bintang.


Coconut Shake Klebang memang thorbaekkk. Aku bagi 4.5 bintang. Kalau rasa nak selesa tak serabut ramai orang, kena mai awai. Kedai dia bukak pukul 11 pagi. Memang wajib cuba. 



Yang ni pulak sebenarnya nak pergi tangkap gambar kat pasir-pasir tuh. Tapi tak tahu pulak kena jalan jauh bebenor. Kalau korang boleh nampak kat hujung jalan nih ada macam bukit-bukit pasir tuh kan, ha yang tu lah rasanya. Dah lah panas terik nak mampus. kalau nak pergi kena prepare bawak air, spek hitam, dan payung. Aku and my friends memang tak larat nak jalan, so kitorang tangkap gambar kat jalan batu-batu ni je lah. Lawa jugak kan. Hiks!



Ha, yang ni pantai klebang. Tangkap gambar lawaaa. Time kitorang pergi ada orang tengah photoshoot gambar kahwin. Boleh jugak kalau nak main layang-layang kat sini sebab angin bertiup dengan budi bahasa and ada jugak orang jual layang-layang kat sini. Kitorang datang sini saja lepak nak ambil gambar and nak buang masa sambil tunggu time nak check in hotel. Ngeh3.



Kalau datang Melaka of course lah kena pergi dekat bangunan-bangunan peninggalan sejarah kan. Ni salah satunya lah.



Kalau suka tempat tinggi and nak tengok view Melaka secara meluas boleh datang dekat The shore Sky Tower. Kalau nak naik atas ni kena bayar Ringgit Malaysia 25 seorang dewasa. Best lah view cantik and angin bertiup sepoi-sepoi bahasa nyaman and tenang je rasa. Tapi rasanya kalau pergi tengok sunset lagi marvellous. Lepas tu stay tengok night view perghhh lawa siot. Next time.



Kat sky tower jugak nih. Aku suka tangkap gambar dok bersila macam nih. Stylo je nampak. Please jangan muntah.



Sebelum balik kitorang singgah coconut shake klebang lagi tapau coconut shake 2 cup sorang. Dah lah murah sedap pulak tuh. Ringgit Malaysia 2.70 je weyh secawan. Queue panjang sebenarnya, tapi gambar nih selepas berapa minit tunggu baru kedepan sikit camnih. Yang beli semua stok beg plastik besar-besar and bercawan-cawan. Masyukkkkkk!


Actually ada a few lagi places yang kitorang pergi makan but tak ambil gambar sebab tak berapa nak memuaskan hati dari segi servis and dari segi rasa makanan itu sendiri. Mungkin tak kena dengan selera orang utara cam kitorang nih. Lol. Well whatever it is, aku still suka Melaka the way it is. Teringin nak pergi melawat sekolah lama. Tapi apakan daya tak berkesempatan. Maybe next time.

Ok itu je lah cerita Melaka La La La aku kali ni. Kemana lepas nih? Tungguuuuuu ecewahhh!

Ehem sekarang ni kena plan pusing Malaysia dululah. Ehem masalah ptptn lah nok. Hiks.

Kbai !

Friday, 28 April 2017

Cerpen : Tak Kerja

Belle seorang gadis biasa yang menjalani kehidupan biasa seperti manusia biasa. Belle merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yg bertaraf antarabangsa dan syarikat tersebut merupakan antara salah sebuah syarikat yang disenaraikan di dalam bursa saham New York. Waima kedengaran gah di mata masyarakat sejagat, hakikatnya tidak seindah seperti yang digambarkan. Rutin harian Belle memang sangat biasa seperti pekerja syarikat swasta yang lain juga.

Maka, tersebutlah kisah di suatu hari, Belle perlu memohon cuti. Bos Belle pulak merupakan seorang lady bos yakni seorang lady bos yang setiap bulan kita terpaksa bersemuka dengan PMS beliau. Ini termasuk juga mood berangin monsun ke laut china selatan sehingga kadang-kadang mencecah ke lautan hindi. Cuti tetap kena pohon atas dasar kepentingan sendirian berhad. Belle perlu melangsaikan dan menyelesaikan masalah dengan bank jadi urusan tersebut cuma boleh dilakukan pada waktu jam bekerja. Jadi mahu tidak mahu, cuti perlu juga diteruskan.

Earphone dicabut dari telinga, mata dikerling ke arah bos untuk memastikan bos berada dalam keadaan yg terurus dan dalam emosi yang stabil. Bila Belle sudah yakin yang semuanya kelihatan baik, dia merapati bos.

 “ Bos, lawa baju arini.Baju baru eh? Cantik I sukaaa”

“Isyh mana ada baju baru. Ni dah lama dah ni. U baru nampak kot, I jarang pakai. Case yang South africa tuh dah hantar belum?”

“Dah hantar dah. Semua dah setel.”

“Ok bagus. Ni I sayang anak-anak I nih. Semua buat kerja cekap!”

“Ngeh2. By the way, bos I nak apply cuti esok. Got some urgent things need to be settle of”

“Ok boleh.”

“Thanks Bos!”

Belle pun duduk kembali di tempatnya dan start melilau-lilau di alam maya. Pergi google, yahoo mail, gmail, some random website dan sebagainya. Gareth menghampiri Belle secara perlahan-lahan dan mencuit bahu wanita tersebut.

“Oh syaitan durjana!” Melatah Belle di luar kawalan minda sedar beliau.

“Kah Kah Kah! Apa dia anak dara melatah lagu tuh”

“Its out of control la bro. U nak apa tiba-tiba je nih?”

“Weyh ada kerja tak? Aku bosan dowh dah berapa hari aku dok berlagak busy depan komputer. Sampai aku rasa kesian dekat kepala hotak aku yg brilliant nih. Lama-lama boleh jadi berkarat dan takut merebak ke rambut aku yg persis model syampu nih”

“Just enjoy your time then. Bila kerja dah banyak karang ko jugak yang tergedik-gedik depan komputer”

“Blergh. Blah dululah nak hisap rokok”, Gareth pun berlalu pergi tanpa menoleh kembali. Stress dengan jawapan yang diberikan Belle.

Susah jugak bila datang kerja tapi tiada kerja yang boleh dilakukan. Macam makan gaji buta. Tapi bukan sengaja tak mahu buat kerja, tapi memang tiada apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang. Clients banyak bercuti sekarang, jadi bos pun tak boleh cakap apa lah kalau semua staf relaks goyang kaki dan kepala. Kepala pun senang je kena goyang sebab dah semakin kurang bekerja, jadi otak dah jadi semakin kosong dari hari ke hari.

Belle cuma mampu merenung ke monitor komputernya kerana sudah bosan untuk melilau-lilau di alam maya. Merenung, merenung dan merenung. Kalau ada jendela boleh lah jugak merenung ke luar jendela. Tapi Belle cuma mampu merenung ke dalam jendela di alam maya sahaja.

***

Erm rasa malu pulak. Janganlah tengok saya macam tuh, Moni bermonolog tatkala perasan akan tenungan Belle yg baginya sangat ayu dan cantik, namun pandangan yang sayu itu kelihatannya mempunyai beribu makna tersembunyi. Pc rakan baik Moni cuma mampu tersenyum melihat kawan baiknya yang angau tak bertempat. Oh lupa nak bagitahu, Moni tu nama manja kepada monitor and Pc tu Pc komputer lah, Kibod pulak keyboard lah. Kibod punya karakter tak muncul lagi sabar jap.

Moni, baru tengok ko dah angau. Aku nih selalu kena belai selalu disentuh-sentuh oleh jari jemari halus Belle, rilek je. Kibod nampaknya cuba memprovoke di situ.

Ko pernah dengar tak dri mata turun ke hati? Mata dan tenungan mata itu sangat berkuasa dalam cinta ko tahu tak? Balas Moni kepada Kibod.

Woi korang nasib baik korang cakap ni tak didengari oleh masyarakat sejagat.Kalau tak mesti huru hara dunia manusia mendengarnya. Kita pun dah lama tak bekerja nih. Yelah kalau dah Belle tak ada kerja yang dilakukan tentulah kita pun terjejas secara tak langsung. Haih, harapnya otak kita masih intelligent walaupun kita tak ada otak pun. Eh? Kahkah! Pc kelihatan keliru dengan diri sendiri dan hanya merepek di tepi Moni dan Kibod.

***

Kroih! Tersengguk Belle akibat mengantuk yang terlampau. Tetiba Belle simpati dengan komputernya yang tidak bekerja selama beberapa hari.

“Apalah agaknya perasaan komputer aku nih?” Belle berbisik.


Thursday, 27 April 2017

Melaka trip

I wanted to go to Malacca again since I really freaking missed the Klebang coconut shake. My friend had 3 cups of coconut shake at that time. Everyday must have coconut shake or else you feel something incomplete in your life. LOL! Last time I went to Malacca to attend Bella's wedding and I did not manage to go to some other places due to time constraint.

Places that I have already visited:

Malacca Strait Mosque

The mosque, front view



Ship museum

Inside of the museum. I would suggest to get the audio instruction as it will be a lot more interesting



River Cruise at Malacca River

Malacca river view from ship museum

Submarine museum


Aisyu and sam in front of the submarine museum



Taming Sari Tower

View from Taming Sari Tower

Hurm, what else yaa? I supposed to write about the trip on this blog the moment after the trip as the memory still strong at that time. Well I supposed. Too late babe. I did not include here where we ate because I TOTALLY FORGOT. Kah! It was last year la bro. Please understand.

And..! Recently me and my colleagues went to Malacca for a short trip. I just go to the places that I haven't go. So will blog about it later.Maybe tomorrow. Don't worry its not going to be next year. I guess. Erk!