Tuesday 7 February 2017

Merepek + Spicy ramen challenge lah sangat

Hi darlingsss,

Ok aku nak merepek sikit malam-malam nih. Sebab apa? Sebab aku tengah serabut. Merepek ni pulak memang salah satu kepakaran aku. Rasanya kalau ada course merepek kat university, confirm aku dapat dekan every semester. Begitu hebat disitu.

Sekarang sebelum aku memulakan bicara menyusun kata dan ayat, lemme tell u guys something yg sangat menyayat hati dan perasaan aku. Sampai aku rasa nak nangis sebab kepedihan dan kesakitan yg dirasai memang tidak dapat dibendung waima cuba dipujuk dirayu dan difikir ke arah yg lebih cerah. Sudah seminggu kawan-kawan sekalian. Seminggu! Seminggu.. aku makan bubur je. Actually taklah exactly seminggu. But almost. Orang utara panggil Moi. Aku makan moi sup je weyh kat market depan Office aku apabila time lunch tiba. Ini semua gara-gara ulcer di kiri dan kanan lidah aku. Sobs. Merana disitu. Dah lah aku ni mengidam macam-macam. Kalah orang pregnant. Haih.

Dah macam-macam cara yg aku sudah cuba buat. Ok tipu. Baru satu cara aku dah give up. Aku letak garam kat ulcer tu. Oh My Lidah. Sakitnyer hanya tuhan saja yg tahu. Boleh menggelupur seperti ikan yg terdampar di pasir laut china selatan..Tapi lepas sakit kena garam hilang, perasaan selepas itu agak sedap dan nyaman. Namun kusangkakan panas sampai ke petang, tetapi rupanya hujan di tengah hari. Aku ingat esok dah sembuh dan pulih seperti biasa. Tidak! Semuanya cuma angan-angan dan mimpi sahaja. Tidak mungkin akan sembuh dengan kadar sepantas itu. Mungkin ulcer telah membuat aku berfikir terlalu positif sehingga mencapai tahap mustahil. Tetapi mereka bilang, nothing is impossible in this world. Tiada yg mustahil. Tak kisah lah nok!

Mak aku pulak, tak habis-habis rekemen aku suh kunyah sirih. Aku masih berfikir sehingga post ini ditulis, perlukah aku mencuba dan melayan reccommendation mak aku itu? Hurm. Kunyah sirih weyh. Ini bukan main-main. Can u guys imagine it? But I might willing to give it a try memandangkan aku yg teringin nak makan char kuey teow lah, nasi goreng lah, and whatsoever lah and la la la (list goes on). Ulcer please go away! Waaaaa!

Hah. Yg kelakarnya, dengan lidah berulcer kiri kanan yg besar and deep itu, boleh plak aku melantak spicy ramen cheese version punya. Ceritanya begini - Aku lapar. Tapi pemalas. Actually more to penat lah sbb baru balik kerja. Ok alasan, pemalas sebenarnya. Yang paling senang nk masak of course lah benda-benda instant macam megi sebagai contohnya. Tapi dekat rumah aku sekarang cuma ada spicy ramen ni je. Lepas tu aku pun gatal dan gedik p tengok youtube yg diorang buat spicy ramen challenge. Mau tak teringin. Dahlah aku makan bubur je beberapa hari nih. So aku tekad dan nekad nak belasah je spicy ramen tapi yg cheese punya sebab minda separa sedar aku cakap yg cheese punya kurang sikit pedas nya. Hurm menipu. Pedas berapi jugak. Bila dah nekad dan tekad, apa nak jadi, jadi lah! Kah! Dengan ulcer kiri dan kanan lidah, aku makan spicy ramen cheese. Memang terseksa tapi aku seorang yg tabah. Sebab tu aku dapat menempuh segala duri dan cubaan dan berjaya menghabiskan hidangan tersebut. Bangga jugak disitu. Sekarang aku baru rasa lega sikit sebab semua kepedasan dah berlalu pergi.

Apa lagi nak merepek? Oh aku bengang pasal kawasan rumah aku nih. Susah bebenor nak parking time balik kerja - kalau balik kerja lambat. Nampaknya aku kena bangun awal dan pergi kerja awal supaya balik kerja awal dan dapat parking. Wadehek sangat. Pagi tadi aku keluar pergi kerja awal kot dalam pukul 8.40 am tapi Masyaallah apasal banyak sangat kereta haaa? Jem strwaberry betul. Sampai Office pukul 9.15 am. Geram je aku rasa. By right dalam masa 5-10 minit dah sampai Office. Mungkin sebab nak Thaipusam ni kot. Kalau begini gayanya, aku kena pergi kerja lebih awal esok. Mohon dapat bangun awal dan terus cergas sejurus bangun dari tidur supaya aku dapat pergi menunaikan tanggungjawab mencari sesuap nasi, menyara kehidupan diri sendiri. Bahaha!

Otak aku telah menyampaikan pesan supaya aku menyediakan segala kelengkapan bekerja untuk kegunaan esok hari, sekarang. Untuk mengelakkan kekelam kabutan pada esok pagi. Seperti yang kebiasaan aku itu. Pagi tu lah baru nak iron baju lah, baru nak pilih baju apa nak pakai, warna apa dan etc etc. Ok lah, I want to iron baju now.

Chat soon. Bye!

No comments:

Post a Comment